BLOG PENA CIKGU MENGUCAPKAN SELAMAT DATANG KEPADA SAHABAT-SAHABAT SEKALIAN. MOGA KITA SENTIASA DALAM REDHA ALLAH


13 Dis 2010

Wallahu a'lam atau Wallahu 'alam?

Saya mendapat teguran dari seorang sahabat kerana menulis Wallahu 'alam kerana kata beliau menurut literasi bahasa Melayu ianya salah kerana sebetulnya adalah wallahu a'lam. Saya tercari-cari artikel sebelum ini dan mendapati ianya benar bahawa saya telah salah tulis tentang ini menurut ejaan yang betul.

Walaupun saya sangat pasti sahabat-sahabat yang membacanya pasti membaca dengan betul walaupun ejaannya adalah salah, namun saya tidak dapat lari dari perasan bimbang kalau ada yang membaca menurut ejaannya. Sudah pasti ianya membawa maksud yang lain.

Saya bukan cikgu bahasa Melayu, saya hanyalah seorang cikgu matematik yang sentiasa bergelumbang dengan nombor-nombor, justeru saya terlepas pandang tentang kesilapan saya ini. Apabila difikir sejenak, betul juga katanya ;

ejaan a'lam di dalam bahasa arab adalah - alif, ein, lam dan mim.
ejaan 'alam di dalam bahasa arab pula - ein, lam dan mim sementara
ejaan alam di dalam bahasa arab pula - alif, lam dan mim.

Mudah-mudahan sahabat-sahabat yang berkunjung di sini membaca mengikut bacaan yang betul dan tidak terikut-ikut dengan kesilapan yang tidak disengajakan ini. Maaf atas kelemahan saya ini.

6 ulasan:

- zuriey - berkata...

manusia memang selalu wat silap

Abd Razak berkata...

Assalamualaikum...

Saya pun selalu guna seperti yang sdra gunakan. Guru saya dulu gunakan 'aklam...

Lebih baik digunakan bahasa arab jer...

Al - Mu'allim berkata...

zuriey,

benar. Kita belajar dari kesilapan

Al - Mu'allim berkata...

Waalaikumussalam

Betul ustaz. Guna bahasa arab adalah yang terbaik, tp nak tulis kt sini ssh.

Saha-ini Ahmad berkata...

والله أعلمُ بالـصـواب

jika paparannya tidak jelas atau tidak di encode betul bolehlah juga rujuk di
http://malaysia.answers.yahoo.com/question/index?qid=20110321080854AAWrzzM

Nikita Kimistri berkata...

assalamu'alaikum cikgu.

info yg sgt bguna. sblm ni sy juga slalu keliru bilamana mahu mggunakn "a'" dan "'a". slalu tsalah taip. entry yg sgt bmanfaat n alhamdulillah sy tlahpun mula mngamalkn ejaan yg btul skrg :)

The Expatriate's Wife,
http://natashanordin.blogspot.com

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails